hey ho let's go!!

hey,wazzup..just call me KeN..
im not a perfect person..
but im know im special(hahaha)..
ok gud...
xde pape yg istimewa pon tntang aq..
sebenrnye..aq nak cari suatu inspirasi
yg boleh mmbuatkan aq sntiasa rajin untuk belajar..SPM dah nak dkt..
ape/siape agaknye inspirasi aq ha?.......
mari same2 kite fikirkan!!

Khamis, 24 Februari 2011

serigala jadian wujud ?

hai what'up bersama kembali bersama ken dalm rancangan inspirasiiskandar.
kali ini saya akan menceritakan tentang serigala jadian..wujudkah serigala jadian?
Menyalak kepada bulan,membunuh dan memakan daging manusia.
  pada 1573,seorang lelaki perancis Gilles garnier dibakar hidup2 selepas selebih 50 saksi melihat dia mengoyakkan badan kanak2 dan memakan daging manusia yg dibunuhnya.
Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak2 berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian.menurutnya, dia memperolehi keupayaan utk bertukar dari manusia kepada raksasa selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan didalam hutan pada waktu malam.
syaitan itu memberinya sihir yg membolehkanya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak2 serta memakan daging mangsanya itu.bagaimanapun tindakan garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak denganya yg sedang melakukan perbuatan berkenaan.

Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di perancis.seorang remaja, jean grenier,13,mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikanya kulit serigala yg membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.
selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam utk membunuh dan memakan kanak2.grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di biara fransiskan
seterusnya melewati masa, beberapa kes sama dilaporkan dipelbagai tempat di seluruh dunia. manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian...persoalanya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi manusia berupa haiwan menggunakan ilmu sihir dan bantuan syaitan.?

kepercayaan kepada fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru ia sudah berlarutan selama beratus tahun malah wujud dalam budaya banyak bangsa di dunia ini.
Herodatus iaitu ahli sejarawan yunani dari abad ke 5 sebelum masihi pula menceritakan wujud puak neuri pada zaman dulu yg dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dlm masa setahun.Di malaysia juga terdapat kepercayaan yang hampir sama,manusia kononya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka.

teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit.akhirnya selepas lama mengkaji,mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar menjadi serigala sememangnya wujud!....


macam mana dengan pendapat korang?adakah serigala jadian ini wujud....
kita bertemu lagi pada lain masa bersama ken hanya di inspirasiiskandar....hahaha..

Selasa, 22 Februari 2011

tecktonik the dance


hey ho apa khabar suma...kembali lagi bersama ken kali ini kita membincangkan topik tarian tecktonik iaitu tarian yang mula popular di malaysia.tecktonik merupakan 1 jenis tarian yg mementingkan kodifikasi set bergerak dengan mempamerkan kolaborasi gerakan tangan yang bertenaga melebihi gerakan kaki.boleh dikatakan 80% adalah gerakan tangan manakala selebihnya gerakan kaki.tarian yang mula mendapat perhatian dan publisiti di internet pada lewat tahun 2007 ini merupakan sebuah tarian yang dihasilkan hasil gabungan unsur2 breakdance,hip hop dan tecno selain boleh diklasifikasikan sebagai tarian jalanan sebaris dengan tarian breakdance dan melbourne shuffle yang turut diminati oleh ramai remaja di luar sana.

 idea bagi pencetusan tarian ini ditimbulkan oleh alexandre barouzdin bersama rakannya cyril blanc,seorang penari balet.tarian yang berasal daripada paris,perancis ini dikatakan tarian baru yang pertama dibawa keluar daripada perancis selepas tarian can-can(aq pon xtau tarian ape).
bermula dari pinggiran selatan paris pada sekitar tahun 2000-an, tarian tectonik mula berkembang dengan pantas hasil percakapan mulut ke mulut disamping publisiti yang diberikan oleh komuniti tektonik hasil pameran aksi tarian mereka dilaman web perkongsian video you tube dan daily motion.Irama music tecno sangat catche dan unik jaga menjadi salah satu faktor mengapatarian ini diminati.dengan menjadikan kelab malam metropolis di paris sebagai markas penari tecktonik menunjukan bakat menjadikan banyak remaja mula tertarik dengan tarian yang agak pelik ini.malah,dengan kewujudan satu malam di kelab tersebut yang digelar tecktonik killer,semua penari tecktonik dari seluruh paris berkumpul disana untuk menari sehingga jumlah penari dikelab tersebut mencecah sehingga 8000 orang pada satu masa.

 jika tarian jalanan seperti breakdance memaparkan imej penari berseluar longgar,berbeza dengan tectonik dimana mereka memakai skiny jean dan t-shirt .kadang kala untuk mendapatkan sedikit gaya,mereka akan memakai sarung tangan.gaya potongan rambut mereka pendek dihadapan,dan tepi panjang di bahagian belakang.

 tecktonik juga menjadi terkenal di perancis pada tahun 2007 kerana pada tahun tersebut telah diadakan acara jalanan yang diberi nama paris tecno parade pada 15 september untuk memberi peluang kepada pemuda pemudi untuk menunjukan bakat menari masing2,lagu alive dari kumpulan mondotek dipilih sebagai lagu rasmi tecktonik di paris.

haa camne dengan infomasi yang menarik ini..ada banyak tarian jalanan yang terdapat di seluruh dunia
antaranya shuffle,breakdance,liquid dan jumpstyle.oklah berjumpa lagi pada masa akan datang bersama ken..terima kasih.

Sabtu, 19 Februari 2011

shuffle itu seni!! pt 2

hey ho guys.....bersama lagi dalm tajuk shuffle itu seni part 2..
kitorang mula memperkenalkan RHK pada tahun 2010..
ia merupakan tahun kenangan yg baik utk team RHK. kitorang mula function di pelbagai tempat..dimana2 sahaja function kat kedai , taman dan lain2.sehingga dapat mengumpulkan ramai crew rhk yg baru. kitorang function wat plbagai jenis tarian antaranya shuffle, b-boy, liquid , tektonik, dan jumpstyle.pertama kalinya RHK mula tersebar dengan video2 shuffling RHK di you tube selepas itu kitorang mula sebarkan di myspace dan facebook.
kmudian kitorang telah mmbuat persembahan shuffle di smktpg brsempena hari pengawas dan akhirnya kitorang telah barjaya menyertai pertandingan akhir shuffle gempaq rakan muda mayc di tesco banting pada hari sambutan tahun baru walaupun tidak berjaya menjuarai tetapi kitorang tetap berpuas hati dengan percapaian kitorang semua....kitorang akan cuba bangkit utk mencapai kemenangan itulah semangat dari REVOLUTION HARDSTYLE KINETICZ crew...tq

Selasa, 25 Januari 2011

my hobbies....ok gud..

hei guys what up....today aq nak citer pasal hobi..salah satu dr hobi aq ialah mengedit photo...

aq mengedit photo biasenye pkai adobe photoshop and magix viewer..aq mngedit photo slalunye pd mase lapang..edit utk mngasah bakat....hehe..aq biasenye yg mengedit logo kmpulan....mcm logo RHk.mengedit gmbar memang best.kita boleh wat bhn jenaka utk sume org...antaranye karya aq adelah afro golek..haha.jgn marah shaf..dgn mengedit photo kita bley wat gmbar mnjadi lebih real dan cntik...spe nak aq edit gmbar die bley jmpe aq...satu gmbar rm 1....hoho..ok gud...

Ahad, 23 Januari 2011

shuffle itu seni

hey ho ken in the house...hoho..korang pernah dengar tarian shuffle x..tarian shuffle brmula pd zaman 80 an lagi..dicipta di melbourne australia di sana nama tarian shuffle disebut melb shuffle/melbourne shuffle..di malaysia dipngil shuffle sahaja...di melbourne org yg menari shuffle dikenali sebagai rockerz di malaysia sebagai shuffler...
shuffle terkenal di malaysia brmula pd tahun 2009.ramai group shuffle di malaysia...antaranya hr,phd,ff,sy....dan yg terbaru rhk//revolution hardstyle kineticz...iaitu group shuffle saya..yg dicipta pada tahun 2009 di telok panglima garang,selangor...to be continued............

Khamis, 6 Januari 2011

inspirasiiskandar

hai,ape khabar..
korang tau x ape itu inspirasi..
inspirasi adalah suatu pemikiran-pemikiran yg secara tidak sedar keluar dari benak fikiran kita..
(pemikiran yg bersifat positif dan membangun)utk kite sampaikan kepada ramai orang..
Kenapa kita mesti bagitau ape yg tlh keluar dari pemikiran kita?..
Kerana jika kita hanya memendamkanya sendiri dan tidak kita mnceritakan kpd org lain,
maka,pemikiran-pemikiran atau inspirasi itu bukanlah sesuatu yg menarik lagi..kerana,
dngan kita mnceritakan kpd org lain tntang inspirasi kita,
maka, orang2 yg tau akan dapat mmberikan sesuatu yg berharga kpd kita,kerana kita telah memberikan wawasan baru kepadanya..kerana dengan munculnya inspirasi-inspirasi yg baru..
dan membangun,maka kita pun akan memperolehi karya2 serta pemikiran yg baru.....
jadi,dengan adanya inspirasi,dptlah kita wat kereta inspira hahaha..
itulah yg sye akan wat dlm inspirasiiskandar...tq

Selasa, 4 Januari 2011

first time at skool

musim 2010 sdah brlalu..2011 kini kmbali..
da tibe masenye utk aq sklh..klau smase cuti sklh aq memang bertabiat tido lewat..
tapi disebabkan musim cuti da berakhir...dan awl tahon da mnjelang..kenalah memiliki azam baru..
ape azam aq?(secret)hahaha.....Brmulanya mnjejakan kaki ke sklh,dgn rupa yg ensem dan agak macho(perasan)brjalan dngan penoh brgaya...disebabkn aq seorang pngawas yg brwawasan tros aq  mnjalankan tugas  utk mnjadi PA system utk prhimpunan......setibanye di klas disitu lah waktunye aq brjmpe ngan kwn aq.....mmang best...hahaha, kawan aq dulu yg brambot afro ala2 aleycat da botak da skarng....
baru la yer...snang ilmu nak msok...wei haz, ranking die da naek ke jtuh...haha
cikgu2 sume mmang best....ok gud..

Isnin, 3 Januari 2011

viva red giant!!

hai,ape khabar..
nama aq Ken..ini merupakan blog pertama aq..(org bru mula nak blajar)
terima kaseh kpd sesiapa yg da follow blog ni..
xpe,arini aq nak citer pasal bola.
aq memang peminat bola sepak tanah air lagi2 harimau malaya..
klau bley setiap prlawanan aq nak tngok.......x bley trlepas tngok perlawanan piala sumbangsih..
aq memang fanatik dengan pasukan gergasi merah..korang tau kan..
klau bley  aq nak lepak je ngan sume pemain.....baru la yer..
sape yg minat bola angkat tangan......HAHA...ok gud..