hey ho let's go!!

hey,wazzup..just call me KeN..
im not a perfect person..
but im know im special(hahaha)..
ok gud...
xde pape yg istimewa pon tntang aq..
sebenrnye..aq nak cari suatu inspirasi
yg boleh mmbuatkan aq sntiasa rajin untuk belajar..SPM dah nak dkt..
ape/siape agaknye inspirasi aq ha?.......
mari same2 kite fikirkan!!

Selasa, 22 Februari 2011

tecktonik the dance


hey ho apa khabar suma...kembali lagi bersama ken kali ini kita membincangkan topik tarian tecktonik iaitu tarian yang mula popular di malaysia.tecktonik merupakan 1 jenis tarian yg mementingkan kodifikasi set bergerak dengan mempamerkan kolaborasi gerakan tangan yang bertenaga melebihi gerakan kaki.boleh dikatakan 80% adalah gerakan tangan manakala selebihnya gerakan kaki.tarian yang mula mendapat perhatian dan publisiti di internet pada lewat tahun 2007 ini merupakan sebuah tarian yang dihasilkan hasil gabungan unsur2 breakdance,hip hop dan tecno selain boleh diklasifikasikan sebagai tarian jalanan sebaris dengan tarian breakdance dan melbourne shuffle yang turut diminati oleh ramai remaja di luar sana.

 idea bagi pencetusan tarian ini ditimbulkan oleh alexandre barouzdin bersama rakannya cyril blanc,seorang penari balet.tarian yang berasal daripada paris,perancis ini dikatakan tarian baru yang pertama dibawa keluar daripada perancis selepas tarian can-can(aq pon xtau tarian ape).
bermula dari pinggiran selatan paris pada sekitar tahun 2000-an, tarian tectonik mula berkembang dengan pantas hasil percakapan mulut ke mulut disamping publisiti yang diberikan oleh komuniti tektonik hasil pameran aksi tarian mereka dilaman web perkongsian video you tube dan daily motion.Irama music tecno sangat catche dan unik jaga menjadi salah satu faktor mengapatarian ini diminati.dengan menjadikan kelab malam metropolis di paris sebagai markas penari tecktonik menunjukan bakat menjadikan banyak remaja mula tertarik dengan tarian yang agak pelik ini.malah,dengan kewujudan satu malam di kelab tersebut yang digelar tecktonik killer,semua penari tecktonik dari seluruh paris berkumpul disana untuk menari sehingga jumlah penari dikelab tersebut mencecah sehingga 8000 orang pada satu masa.

 jika tarian jalanan seperti breakdance memaparkan imej penari berseluar longgar,berbeza dengan tectonik dimana mereka memakai skiny jean dan t-shirt .kadang kala untuk mendapatkan sedikit gaya,mereka akan memakai sarung tangan.gaya potongan rambut mereka pendek dihadapan,dan tepi panjang di bahagian belakang.

 tecktonik juga menjadi terkenal di perancis pada tahun 2007 kerana pada tahun tersebut telah diadakan acara jalanan yang diberi nama paris tecno parade pada 15 september untuk memberi peluang kepada pemuda pemudi untuk menunjukan bakat menari masing2,lagu alive dari kumpulan mondotek dipilih sebagai lagu rasmi tecktonik di paris.

haa camne dengan infomasi yang menarik ini..ada banyak tarian jalanan yang terdapat di seluruh dunia
antaranya shuffle,breakdance,liquid dan jumpstyle.oklah berjumpa lagi pada masa akan datang bersama ken..terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan